Jualan Murah

Tuesday 23 April 2013

Bila nak menang kalau asyik bertelagah?


Salam....


Hari ini TPB mendapati PKR Terengganu telah menarik dari dari bertanding di 3 DUN di Terengganu bagi memberi laluan kepada calon dari Pakatan mereka iaitu PAS. Tetapi tuduhan PAS yang menyatakan terdapat calon PKR yang terlibat dengan gejala yang menyalahi undang-undang dengan menuduh mereka sebagai pengedar pil kuda. Tuan Guru Haji Hadi keras menolak calon sedemikian dari menjadi wakil kepada PKR, dan Pakatan Rakyat itu sendiri.


Apa nak jadi dengan Pakatan kalau asyik bertelagah seperti ini. Kau tuduh aku, aku tuduh dia, dia tuduh aku. Kata nak sepakat tapi kalau perkara seperti ini pun kita tak boleh nak berpakat. TPB rasa susah untuk pakatan rakyat memenangi PRU kali ini. Orang tengok kita, orang menilai kita, dan orang (pengundi) akan membuat keputusan sama ada mahu mengundi pakatan atau barisan. Usah bertelagah......Kalau pakatan nak menang la....
Read More




Monday 22 April 2013

Tolak calon pengedar pil kuda, sebar ideologi komunis - TG haji Hadi


Salam...


TPB terkejut apabila menyaksikan video yang tersebar di youtube berkenaan dengan penjelasan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berkaitan mengapa terdapat pertembungan calon PAS dan PKR dalam satu kawasan.

Terdapat 7 kawasan (DUN dan Parlimen) yang melibatkan pertembungan 3 penjuru antara BN, PAS dan PKR. TPB agak terkejut juga apabila mandapat tahu maklumat tersebut, itu belum lagi melibatkan DAP. TPB terfikir juga, adakah ini yang dikatakan Pakatan apabila sanggup bertanding di tempat yang sama parti pakatan lain bertanding.

Rupa-rupanya terdapat calon yang buruk akhlak dan merbahaya untuk masyarakat dan negara umumnya. Jika benar seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi, pihak polis mesti menyiasat perkara ini agar tidak tercalar maruah pakatan.

Jika Tuan Guru mempunyai bukti bahawa terdapat calon yang akan bertanding atas tiket PKR seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru, kemukakan bukti tersebut kepada pihak polis. Usah dibiarkan sahaja. Rakyat akan memandang serong kredibiliti pakatan jika calon sedemikian dibiarkan bertanding.

<iframe width="640" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/hswotsOY7Xw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Terdapat sedikit masalah kerana TPB tak boleh nak share video, maka, klik di link ini untuk lihat.
Read More




Sunday 21 April 2013

Pengundi hantu di Cherating


Salam semua


TPB ingin mendedahkan terdapat 4 pengundi hantu di Cherating, Pahang. Maklumat ini TPB perolehi dari sahabat TPB yang diemelkan ke TPB. Setelah di periksa di laman sesawang SPR, terbukti Nombor Kad Pengenalan tersebut ternyata wujud. Mohon SPR dan rakan-rakan yang berhampiran dengan kampung Cherating menyelidiki adakah benar orang-orang tersebut  "hantu" atau tidak.




PAS Cherating wajib banteras pengundi hantu ini. Jangan biar dia dihidupkan!!

Read More




Ni "setiakawan" jenis yang bagaimana?


Salam dan salam Ahad untuk anda semua

TPB ingin mengulas sedikit berkaitan dengan tajuk di atas iaitu sikap setiakawan antara ahlai parti tidak kira sama ada anda semua menajwat sebarang jawatan tinggi, jawatan rendah atau sekadar ahli biasa. Tidak kira PAS, PKR, DAP atau BN, mereka telah awal-awal lagi mengingatkan semua ahli yang tidak tersenarai dalam menjadi calon agar terus memberi sokongan kepada parti tetapi masih ada juga segelintir ahli yang tidak berpuas hati dan telah bertanding atas tiket calon bebas seperti yang telah diumumkan oleh SPR semalam. Malah kali ini pertandingan cukup hebat hinggakan terdapat perlawanan sampai 6 penjuru dalam 1 DUN.

Apa yang TPB ingin katakan di sini ialah, di mana sifat setia kawan yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum pengumuman bakal calon yang akan bertanding pada 5 Mei 2013 nanti?  Mereka berdegar-degar berjanji untuk meletakkan kepentingan parti di hadapan mengatasi kepentingan diri sendiri. Alih-alih bila nama mereka tidak tersenarai dalam bakal calon pru13, mereka memberontak, mereka telah lupa janji mereka untuk terus menyokong apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Presiden parti masing-masing.

Akibatnya, parti-parti terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa akan memecat sesiapa yang bertanding atas tiket sebagai calon bebas. Dan inilah yang berlaku. 



DAP dan UMNO akan memecat ahli mereka secara automatik jika terdapat dikalangan ahli mereka yang bertanding atas tiket bebas dalam PRU13 kali ini. 

Berita Harian melaporkan PRU13 kali ini mencatat rekod yang tersendiri apabila terdapat ramai yang bertanding sebagai calon bebas. Dari rekod yang dinyatakan oleh Beri Harian, seramai 25 orang ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas akan dipecat.


 


Berita Harian turut melaporkan bahawa Muhyidin, Timbalan Presiden UMNO merasa sedih kerana masih terdapat ahli UMNO yang lebih meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. yang lebih menyedihkan apabila ketua pergerakan wanita UMNO sendiri yang mengumumkan bertanding atas tiket calon bebas. Untuk rekod, Perdana Menteri telah meletakkan beliau bertanding tetapi ditolak kerana beliau tidak dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar. MB perak pula menegaskan bahawa Datuk Kamilia sebagai seorang ahli parti yang tidak punya pendirian dan prinsip apabila sanggup bertanding sebagai calon bebas.


Keputusan bakal calon parlimen Pasir Mas, kelantan sebaliknya mencatat sejarah yang tersendiri apabila sanggup memberi laluan kepada mentor beliau, Datuk Ibrahim Ali bertanding 1 lawan 1 dengan Nik Abduh dari PAS yang merupakan anak kepada Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. 


Apa-apa pun, TPB mengucapkan selamat bertanding dan jika anda menang, tunaikanlah janji yang telah anda berikan kepada kawasan masing-masing.


Read More




Saturday 20 April 2013

Petanda kekalahan BN di Kuala Kangsar


SPR telah mengesahkan bahawa terdapat pertandingan 3 penjuru di Parlimen Kuala Kangsar di mana Datuk Kamilia, naib ketua wanita UMNO didapati membuat permohonan untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.



Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin berkata surat pemecatan Datuk Kamilia akan dihantar pada hari Isnin akan datang dan dalam masa yang sama, Datuk kamilia telah meletak semua jawatan beliau dalam parti semasa membuat keputusan untuk menjadi calon bebas.

TPB mendapati kemungkinan untuk wakil dari PAS mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar dalam PRU13 kali ini.


Read More




BN beri laluan kepada penyandang parlimen Pasir Mas


Salam...

Seperti yang telah diduga, BN akan memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang merupakan penyandang Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas tetapi atas tiket Barisan Nasional. 


TPB merasakan bahawa kemenangan berkemungkinan berpihak kepada Datuk Ibrahim Ali atas beberapa sebab. Cuba kita lihat kembali pilihanraya ke12 dahulu. Datuk Ibrahim Ali menang disebabkan oleh beliau bertanding sebagai calon bebas atas tiket PAS. Beliau didapati mempunyai sokongan 2 belah pihak. Pihak yang pertama ialah penyokong beliau sendiri. Memang telah diakui, beliau mempunyai pengikut beliau sendiri yang cukup ramai. Kemenangan beliau dipastikan pula dengan mendapat sokongan dari pihak yang kedua iaitu dari penyokong PAS sendiri yang telah memberikan undi kepada beliau. 

Jadi, atas dasar kemenangan pada 2008 dahulu jugalah yang menjadi faktor kemenangan beliau dalam pilihanraya kali ini. Yang berbezanya ialah sokongan pihak kedua pada kali ini ialah sokongan daripada penyokong BN. 



Datuk Ibrahim Ali akan berdepan lawannya dari PAS iaitu anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa-apa pun, TPB mohon supaya janganlah kita mengamalkan politik kotor dan ganas. Bertandinglah dengan adil. Moga berjaya Datuk Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz


Read More




Friday 19 April 2013

4 996 borang penamaan terjual bukti banyak tempat lawan 3 penjuru


Salam dan selamat hari Jumaat.


TPB terbaca Sinar Harian, dan terkejut juga TPB apabila mengetahui jumlah borang penamaan calon yang telah dijual oleh SPR. Hampir 5000 borang telah terjual. Jika hendak dikira secara kasar, oleh kerana hanya BN vs PR (Pas, Pkr, Dap) sahaja, sepatutnya borang yang dijual sepatutnya tidak melebihi 1500 borang.


Kalau beginilah yang terjadi, TPB pasti akan banyak Parlimen dan Dun yang akan menghadapi lawan 3 penjuru. Malah mungkin akan ada juga 4 penjuru mahupun 5 penjuru.

Hebat demokrasi di Malaysia. Negara ada macam negara kita?



Read More




Salah ke tanding lawan sepupu sendiri?


Salam dan selamat sejahtera

Untuk penulisan pertama dari TPB, TPB ingin memberi sedikit komen berkenaan dengan calon PAS bagi Dun Sungai Limau dalam Parlimen Jerai yang dikatakan akan bertanding melawan sepupu beliau sendiri.

Pada pendapat TPB, apa salahnya walaupun bertanding lawan sepupu sendiri. Masing-masing mempunyai ideologi politik masing-masing yang pastinya tidak akan sama walaupun antara sepupu. Lagikan adik beradik pun mempunyai ideologi politik yang tak sama, inikan pula sepupu.

Walau apa pun, moga berjaya Datuk Seri Ustaz Azizan. Moga sekali lagi menjadi MB negeri Kedah.




Read More




Thursday 18 April 2013

Salam perkenalan dan selamat berjuang


Assalamualaikum...


Salam perkenalan dari penulis, The Politician Blogger (TPB). Blog TPB ini diwujdkan untuk penulis paparkan pendapat-pendapat TPB sendiri dari sudut pemahaman TPB sendiri. TPB berharap setiap entri yang dihasilkan walaupun mungkin tidak sependapat dengan pembaca sekalian, tidaklah tuan-tuan dan puan-puan menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya sebaliknya tonjolkan sifar sopan santun kita moga manis dipandang orang lain.

Sempana dengan pilihanraya yang makin dekat iaitu penamaan calon pada 20 April 2013, dan hari membuang undi pada 5 Mei 2013, maka TPB akan menzahirkan penulisan-penulisan berbentuk "Politician Thinking" agar kita sama-sama dapat membuat penilaian dan memilih bakal calon yang benar-benar layak. calon yang bebas rasuah, bebas masalah moral dan lain-lain perkara negatif.

Semoga anda semua dapat memberikan galakan kepada TPB meneruskan penulisan.

Sekian,
terima kasih.
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Cik Puan Asmah