Jualan Murah

Sunday 15 September 2013

PR tak rugi bersama PAS - TG Nik Aziz



Artikel penuh di www.sinarharian.com atau terus klik sahaja gambar TG Nik Aziz. Jawapan TG Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran kenyataan dari Ketua Dewan Ulama PAS yang meminta supaya PAS meneliti semula tindakan mereka BerTahalul Siyasi bersama PR.


Read More




Saturday 14 September 2013

Syiah - rancangan jahat untuk menghancurkan ISLAM di Malaysia


Assalamualaikum...
 
 (Klik gambar untuk ke halaman Facebook Group)

ALOR SETAR – Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh tokoh-tokoh agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik mengenai kegiatan fahaman Syiah di negara ini, gerakan itu didapati semakin giat mengembangkan fahaman berkenaan kepada golongan belia menerusi laman sosial.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ia mula menular di laman sosial dengan pelbagai nama akaun sejak Ogos 2011 dan Mei 2012. Bagaimanapun, penularan itu dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menggunakan nama ‘ i’m proud to be Syiah in Malaysia’ sebagai tarikan kepada pengguna laman sosial.

Difahamkan, penggunaan laman sosial itu bertujuan untuk mendedahkan mengenai fahaman dan kegiatan Syiah serta perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook (FB) yang beragama Islam mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang berbentuk kemarahan termasuk mencerca perbuatan dan kegiatan fahaman itu di akaun  berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Untuk bacaan penuh sila layari www.sinarharian.com.my

Petikan di atas TPB petik/copy paste dari blog www.abelongthekacak.us . TPB sebenarnya sependapat dengan  Tuan Guru Dato' Presiden PAS apabila fahaman Syiah mula menular dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, sudah pasti kita akan lemah. 

( Petikan di atas dipetik dari www.harakahdaily.net. Klik Gambar untuk ke halaman akhabar tersebut )

Mana tidaknya, Syiah secara terang-terangan telah menghalalkan darah sesiapa yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Malah, cara mereka menyambut hari Assyura juga amat pelik. Dan terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa fahaman Syiah ini sebenarnya diasaskan oleh seorang bangsa Yahudi yang bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam yang ternyata musuh mereka yang UTAMA.


( Klik gambar untuk paparan halaman www.harakahdaily.net )


TPB berdoa dan berharap negara kita tidak akan terjerus ke kancah rancangan jahat musuh-musuh Islam yang mahu melihat kehancuran negara kita Malaysia khususnya perpecahan di antara masyarakat Islam di Malaysia. Usah kita mudah terperangkap dalam rancangan mereka. Marilah sama-sama kita berganding bahu menolak unsur-unsur Syiah dalam kehidupan harian kita.

Sumber dari Sinar Harian dan Harakahdaily
Read More




Thursday 12 September 2013

"ANU" itu bukan milik saya - Adi Putra



Untuk penulisan yang lebih lanjut, dapatkan Sinar Harian bertarikh 11 September 2013 atau terus sahaja klik di www.sinarharian.com.my


Read More




Polis Raja Di Malaysia

Assalamualaikum....

Dalam dua tiga hari kebelakangan ini, isu yang paling HOT pastinya kecuaian kakitangan RTM yang memaparkan logo PDRM yang mungkin secara tidak sengaja telah memaparkan Polis Raja Di Malaysia.

 ( klik gambar untuk melihat video)

Pendapat penulis pula, apa salahnya kalau dikatakan Polis raja di Malaysia jika mereka ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas mereka. Jika mereka tidak menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. Takkanlah Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA sendiri turun ke padang untuk menangkap penjenayah, menjaga keselamatan dan keamanan  negara. Sudah pastilah Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA perlu mengamanahkan tugas tersebut kepada Polis yang mewakili kuasa Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA.

Walau bagaimanapun, pihak RTM telah meminta maaf secara terbuka kepada PDRM di atas kecuaian dan kesilapan penyiaran Logo PDRM oleh RTM. Malah, kakitangan yang terlibat pula telah dikenakan tindakan dibuang kerja oleh RTM.

(klik video di atas untuk lihat)
  

Sekian, terima kasih.


Read More




Tuesday 10 September 2013

PANAS!! Tanda Putera download full

Assalamualaikum.....

Tanda Putera mendapat liputan yang cukup hangat sehingga menjadi kontroversi apabila mahu ditayang dipawagam hinggakan tayangan terpaksa ditunda dan terus ditunda. Walau bagaimanapun, 29 Ogos 2013 menjadi titik sejarah yang berkontroversi apabila berjaya di pawagamkan. Bagi mereka yang menanti-nanti filem Tanda Putera, mereka mungkin orang yang paling awal menjenguk pawagam pada 29 Ogos kecuali penduduk di Pulau Pinang yang sedikit bermasalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan arahan mengharamkan Tanda Putera diyang di pawagam di seluruh Pulau Pinang. Namun setelah didesak oleh orang ramai termasuklah Datin Paduka Suhaimi Baba, akhirnya Ketua Menteri terpaksa akur dengan membenarkan Tanda Putera ditayang di pawagam pada hari Ahad iaitu 1 September 2013 dengan mengatakan "nasihat" beliau disalah tafsir oleh media-media tempatan.








Penulis adalah antara yang bersemangat untuk menonton filem tersebut tetapi masih belum berkesempatan disebabkan anak masih kecil. Masih belum "layak" untuk dibawa ke pawagam yang pastinya ber"sound speaker" yang kencang.

Kita lihat dahulu sinopsis Tanda Putera yang  mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitan 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaun keluarga Tun Dr Ismail sendiri. Mereka memiliki aura yang kuat.

Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pelajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat. Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tub Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintregiti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya. Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis.

Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing. Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka. Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.

Penulis tidak nampak sebarang unsur-unsur fitnah yang diwar-warkan oleh sesetengah politician dari DAP terutamanya. Filem Tanda Putera secara jelas lebih mengisahkan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. ismail dalam menangani permasalahan ketika itu.


Sehari selepas ditayangkan di pawagam, maka berduyun-duyunlah komen-komen dikeluarkan sama ada komen positif mahupun negatif. Bagi mereka yang langsung tidak menonton, yang sengaja mahu mencari salah dan silap pula berlebih-lebih dalam memberi komen negatif macamlah dia pergi tengok. Ada juga yang tidak tahu menahu langsung turut tidak melepaskan peluang untuk mengutuk seolah-olah merekalah pakar dalam menghasilkan filem-filem yang bermutu dan "perfect" tanpa sebarang kecacatan dan kesilapan.


Komen penulis, amat rugi jika anda tidak menonton Tanda Putera. Jalan cerita yang cukup menyentuh perasaan. Penulis yakin, jika anda menonton filem Tanda Putera, anda pasti akan menitikkan air mata. Usah bimbang, jika anda tidak mempunyai masa untuk menonton di pawagam, jika anda memang tidak suka berkunjung ke pawagam tetapi mahu menonton Tanda Putera, atau memang anda rasa rugi jika menonton Tanda Putera di pawagam, usah bimbang. Jika Kl Gangster 2 boleh di download sebelum ditayangkan di pawagam. Takkanlah Tanda Putera yang dah seminggu di pawagam tidak boleh didownloadkan?

Terserah kepada anda sama ada mahu download ataupun terus streaming. Pilihan di tangan anda.
Link untuk streaming Tanda Putera - klik di sini
Link untuk Download Tanda Putera - klik di sini.

Sekian, Terima Kasih.


Read More




Friday 6 September 2013

HOT!! DATUK SERI antara yang terlibat geng kongsi gelap

Assalamualaikum...

Heboh satu Malaysia apabila KDN dan PDRM mendedahkan terdapat ahli kongsi gelap yang menyertai politik malah ada yang bergelar menteri dan timbalan menteri. Patutlah ada yang backup dan sanggup mempertahankan ahli kongsi gelap yang ditembak mati oleh pihak PDRM di Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas.





Hari ini, KDN dan PDRM telah mendedahkan nama-nama mereka. Semoga mereka dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Yang mengejutkan kita, bukan setakat pakcik-pakcik, atau abang-abang yang menjadi ahli kongsi gelap, mereka yang bergelar DATUK, TAN SRI dan DATUK SERI juga turut terlibat. KLIK DI SINI untuk mengetahui AHLI POLITIK YANG TERLIBAT dan KLIK di sini untuk mengetahui PENAUNG-PENAUNG kongsi gelap di Malaysia.




Read More




Tuesday 23 April 2013

Bila nak menang kalau asyik bertelagah?


Salam....


Hari ini TPB mendapati PKR Terengganu telah menarik dari dari bertanding di 3 DUN di Terengganu bagi memberi laluan kepada calon dari Pakatan mereka iaitu PAS. Tetapi tuduhan PAS yang menyatakan terdapat calon PKR yang terlibat dengan gejala yang menyalahi undang-undang dengan menuduh mereka sebagai pengedar pil kuda. Tuan Guru Haji Hadi keras menolak calon sedemikian dari menjadi wakil kepada PKR, dan Pakatan Rakyat itu sendiri.


Apa nak jadi dengan Pakatan kalau asyik bertelagah seperti ini. Kau tuduh aku, aku tuduh dia, dia tuduh aku. Kata nak sepakat tapi kalau perkara seperti ini pun kita tak boleh nak berpakat. TPB rasa susah untuk pakatan rakyat memenangi PRU kali ini. Orang tengok kita, orang menilai kita, dan orang (pengundi) akan membuat keputusan sama ada mahu mengundi pakatan atau barisan. Usah bertelagah......Kalau pakatan nak menang la....
Read More




Monday 22 April 2013

Tolak calon pengedar pil kuda, sebar ideologi komunis - TG haji Hadi


Salam...


TPB terkejut apabila menyaksikan video yang tersebar di youtube berkenaan dengan penjelasan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berkaitan mengapa terdapat pertembungan calon PAS dan PKR dalam satu kawasan.

Terdapat 7 kawasan (DUN dan Parlimen) yang melibatkan pertembungan 3 penjuru antara BN, PAS dan PKR. TPB agak terkejut juga apabila mandapat tahu maklumat tersebut, itu belum lagi melibatkan DAP. TPB terfikir juga, adakah ini yang dikatakan Pakatan apabila sanggup bertanding di tempat yang sama parti pakatan lain bertanding.

Rupa-rupanya terdapat calon yang buruk akhlak dan merbahaya untuk masyarakat dan negara umumnya. Jika benar seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi, pihak polis mesti menyiasat perkara ini agar tidak tercalar maruah pakatan.

Jika Tuan Guru mempunyai bukti bahawa terdapat calon yang akan bertanding atas tiket PKR seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru, kemukakan bukti tersebut kepada pihak polis. Usah dibiarkan sahaja. Rakyat akan memandang serong kredibiliti pakatan jika calon sedemikian dibiarkan bertanding.

<iframe width="640" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/hswotsOY7Xw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Terdapat sedikit masalah kerana TPB tak boleh nak share video, maka, klik di link ini untuk lihat.
Read More




Sunday 21 April 2013

Pengundi hantu di Cherating


Salam semua


TPB ingin mendedahkan terdapat 4 pengundi hantu di Cherating, Pahang. Maklumat ini TPB perolehi dari sahabat TPB yang diemelkan ke TPB. Setelah di periksa di laman sesawang SPR, terbukti Nombor Kad Pengenalan tersebut ternyata wujud. Mohon SPR dan rakan-rakan yang berhampiran dengan kampung Cherating menyelidiki adakah benar orang-orang tersebut  "hantu" atau tidak.




PAS Cherating wajib banteras pengundi hantu ini. Jangan biar dia dihidupkan!!

Read More




Ni "setiakawan" jenis yang bagaimana?


Salam dan salam Ahad untuk anda semua

TPB ingin mengulas sedikit berkaitan dengan tajuk di atas iaitu sikap setiakawan antara ahlai parti tidak kira sama ada anda semua menajwat sebarang jawatan tinggi, jawatan rendah atau sekadar ahli biasa. Tidak kira PAS, PKR, DAP atau BN, mereka telah awal-awal lagi mengingatkan semua ahli yang tidak tersenarai dalam menjadi calon agar terus memberi sokongan kepada parti tetapi masih ada juga segelintir ahli yang tidak berpuas hati dan telah bertanding atas tiket calon bebas seperti yang telah diumumkan oleh SPR semalam. Malah kali ini pertandingan cukup hebat hinggakan terdapat perlawanan sampai 6 penjuru dalam 1 DUN.

Apa yang TPB ingin katakan di sini ialah, di mana sifat setia kawan yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum pengumuman bakal calon yang akan bertanding pada 5 Mei 2013 nanti?  Mereka berdegar-degar berjanji untuk meletakkan kepentingan parti di hadapan mengatasi kepentingan diri sendiri. Alih-alih bila nama mereka tidak tersenarai dalam bakal calon pru13, mereka memberontak, mereka telah lupa janji mereka untuk terus menyokong apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Presiden parti masing-masing.

Akibatnya, parti-parti terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa akan memecat sesiapa yang bertanding atas tiket sebagai calon bebas. Dan inilah yang berlaku. 



DAP dan UMNO akan memecat ahli mereka secara automatik jika terdapat dikalangan ahli mereka yang bertanding atas tiket bebas dalam PRU13 kali ini. 

Berita Harian melaporkan PRU13 kali ini mencatat rekod yang tersendiri apabila terdapat ramai yang bertanding sebagai calon bebas. Dari rekod yang dinyatakan oleh Beri Harian, seramai 25 orang ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas akan dipecat.


 


Berita Harian turut melaporkan bahawa Muhyidin, Timbalan Presiden UMNO merasa sedih kerana masih terdapat ahli UMNO yang lebih meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. yang lebih menyedihkan apabila ketua pergerakan wanita UMNO sendiri yang mengumumkan bertanding atas tiket calon bebas. Untuk rekod, Perdana Menteri telah meletakkan beliau bertanding tetapi ditolak kerana beliau tidak dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar. MB perak pula menegaskan bahawa Datuk Kamilia sebagai seorang ahli parti yang tidak punya pendirian dan prinsip apabila sanggup bertanding sebagai calon bebas.


Keputusan bakal calon parlimen Pasir Mas, kelantan sebaliknya mencatat sejarah yang tersendiri apabila sanggup memberi laluan kepada mentor beliau, Datuk Ibrahim Ali bertanding 1 lawan 1 dengan Nik Abduh dari PAS yang merupakan anak kepada Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. 


Apa-apa pun, TPB mengucapkan selamat bertanding dan jika anda menang, tunaikanlah janji yang telah anda berikan kepada kawasan masing-masing.


Read More




Saturday 20 April 2013

Petanda kekalahan BN di Kuala Kangsar


SPR telah mengesahkan bahawa terdapat pertandingan 3 penjuru di Parlimen Kuala Kangsar di mana Datuk Kamilia, naib ketua wanita UMNO didapati membuat permohonan untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.



Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin berkata surat pemecatan Datuk Kamilia akan dihantar pada hari Isnin akan datang dan dalam masa yang sama, Datuk kamilia telah meletak semua jawatan beliau dalam parti semasa membuat keputusan untuk menjadi calon bebas.

TPB mendapati kemungkinan untuk wakil dari PAS mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar dalam PRU13 kali ini.


Read More




BN beri laluan kepada penyandang parlimen Pasir Mas


Salam...

Seperti yang telah diduga, BN akan memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang merupakan penyandang Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas tetapi atas tiket Barisan Nasional. 


TPB merasakan bahawa kemenangan berkemungkinan berpihak kepada Datuk Ibrahim Ali atas beberapa sebab. Cuba kita lihat kembali pilihanraya ke12 dahulu. Datuk Ibrahim Ali menang disebabkan oleh beliau bertanding sebagai calon bebas atas tiket PAS. Beliau didapati mempunyai sokongan 2 belah pihak. Pihak yang pertama ialah penyokong beliau sendiri. Memang telah diakui, beliau mempunyai pengikut beliau sendiri yang cukup ramai. Kemenangan beliau dipastikan pula dengan mendapat sokongan dari pihak yang kedua iaitu dari penyokong PAS sendiri yang telah memberikan undi kepada beliau. 

Jadi, atas dasar kemenangan pada 2008 dahulu jugalah yang menjadi faktor kemenangan beliau dalam pilihanraya kali ini. Yang berbezanya ialah sokongan pihak kedua pada kali ini ialah sokongan daripada penyokong BN. 



Datuk Ibrahim Ali akan berdepan lawannya dari PAS iaitu anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa-apa pun, TPB mohon supaya janganlah kita mengamalkan politik kotor dan ganas. Bertandinglah dengan adil. Moga berjaya Datuk Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz


Read More




Friday 19 April 2013

4 996 borang penamaan terjual bukti banyak tempat lawan 3 penjuru


Salam dan selamat hari Jumaat.


TPB terbaca Sinar Harian, dan terkejut juga TPB apabila mengetahui jumlah borang penamaan calon yang telah dijual oleh SPR. Hampir 5000 borang telah terjual. Jika hendak dikira secara kasar, oleh kerana hanya BN vs PR (Pas, Pkr, Dap) sahaja, sepatutnya borang yang dijual sepatutnya tidak melebihi 1500 borang.


Kalau beginilah yang terjadi, TPB pasti akan banyak Parlimen dan Dun yang akan menghadapi lawan 3 penjuru. Malah mungkin akan ada juga 4 penjuru mahupun 5 penjuru.

Hebat demokrasi di Malaysia. Negara ada macam negara kita?



Read More




Salah ke tanding lawan sepupu sendiri?


Salam dan selamat sejahtera

Untuk penulisan pertama dari TPB, TPB ingin memberi sedikit komen berkenaan dengan calon PAS bagi Dun Sungai Limau dalam Parlimen Jerai yang dikatakan akan bertanding melawan sepupu beliau sendiri.

Pada pendapat TPB, apa salahnya walaupun bertanding lawan sepupu sendiri. Masing-masing mempunyai ideologi politik masing-masing yang pastinya tidak akan sama walaupun antara sepupu. Lagikan adik beradik pun mempunyai ideologi politik yang tak sama, inikan pula sepupu.

Walau apa pun, moga berjaya Datuk Seri Ustaz Azizan. Moga sekali lagi menjadi MB negeri Kedah.




Read More




Thursday 18 April 2013

Salam perkenalan dan selamat berjuang


Assalamualaikum...


Salam perkenalan dari penulis, The Politician Blogger (TPB). Blog TPB ini diwujdkan untuk penulis paparkan pendapat-pendapat TPB sendiri dari sudut pemahaman TPB sendiri. TPB berharap setiap entri yang dihasilkan walaupun mungkin tidak sependapat dengan pembaca sekalian, tidaklah tuan-tuan dan puan-puan menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya sebaliknya tonjolkan sifar sopan santun kita moga manis dipandang orang lain.

Sempana dengan pilihanraya yang makin dekat iaitu penamaan calon pada 20 April 2013, dan hari membuang undi pada 5 Mei 2013, maka TPB akan menzahirkan penulisan-penulisan berbentuk "Politician Thinking" agar kita sama-sama dapat membuat penilaian dan memilih bakal calon yang benar-benar layak. calon yang bebas rasuah, bebas masalah moral dan lain-lain perkara negatif.

Semoga anda semua dapat memberikan galakan kepada TPB meneruskan penulisan.

Sekian,
terima kasih.
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Cik Puan Asmah