Assalamualaikum...
(Klik gambar untuk ke halaman Facebook Group)
ALOR SETAR – Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh
tokoh-tokoh agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik
mengenai kegiatan fahaman Syiah di negara ini, gerakan itu didapati
semakin giat mengembangkan fahaman berkenaan kepada golongan belia
menerusi laman sosial.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ia mula menular di laman sosial dengan pelbagai nama akaun sejak Ogos 2011 dan Mei 2012. Bagaimanapun, penularan itu dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.
Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menggunakan nama ‘ i’m proud to be Syiah in Malaysia’ sebagai tarikan kepada pengguna laman sosial.
Difahamkan, penggunaan laman sosial itu bertujuan untuk mendedahkan mengenai fahaman dan kegiatan Syiah serta perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook (FB) yang beragama Islam mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang berbentuk kemarahan termasuk mencerca perbuatan dan kegiatan fahaman itu di akaun berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Untuk bacaan penuh sila layari www.sinarharian.com.my
Petikan di atas TPB petik/copy paste dari blog www.abelongthekacak.us . TPB sebenarnya sependapat dengan Tuan Guru Dato' Presiden PAS apabila fahaman Syiah mula menular dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, sudah pasti kita akan lemah.
( Petikan di atas dipetik dari www.harakahdaily.net. Klik Gambar untuk ke halaman akhabar tersebut )
Mana tidaknya, Syiah secara terang-terangan telah menghalalkan darah sesiapa yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Malah, cara mereka menyambut hari Assyura juga amat pelik. Dan terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa fahaman Syiah ini sebenarnya diasaskan oleh seorang bangsa Yahudi yang bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam yang ternyata musuh mereka yang UTAMA.
( Klik gambar untuk paparan halaman www.harakahdaily.net )
TPB berdoa dan berharap negara kita tidak akan terjerus ke kancah rancangan jahat musuh-musuh Islam yang mahu melihat kehancuran negara kita Malaysia khususnya perpecahan di antara masyarakat Islam di Malaysia. Usah kita mudah terperangkap dalam rancangan mereka. Marilah sama-sama kita berganding bahu menolak unsur-unsur Syiah dalam kehidupan harian kita.
Sumber dari Sinar Harian dan Harakahdaily
No comments:
Post a Comment