Tanda
Putera mendapat liputan yang cukup hangat sehingga menjadi kontroversi
apabila mahu ditayang dipawagam hinggakan tayangan terpaksa ditunda dan
terus ditunda. Walau bagaimanapun, 29 Ogos 2013 menjadi titik sejarah
yang berkontroversi apabila berjaya di pawagamkan. Bagi mereka yang
menanti-nanti filem Tanda Putera, mereka mungkin orang yang paling awal
menjenguk pawagam pada 29 Ogos kecuali penduduk di Pulau Pinang yang
sedikit bermasalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan
arahan mengharamkan Tanda Putera diyang di pawagam di seluruh Pulau
Pinang. Namun setelah didesak oleh orang ramai termasuklah Datin Paduka
Suhaimi Baba, akhirnya Ketua Menteri terpaksa akur dengan membenarkan
Tanda Putera ditayang di pawagam pada hari Ahad iaitu 1 September 2013
dengan mengatakan "nasihat" beliau disalah tafsir oleh media-media
tempatan.
Penulis
adalah antara yang bersemangat untuk menonton filem tersebut tetapi
masih belum berkesempatan disebabkan anak masih kecil. Masih belum
"layak" untuk dibawa ke pawagam yang pastinya ber"sound speaker" yang
kencang.
Kita lihat dahulu sinopsis Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan akrab antara
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail
yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing
bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitan 13 Mei
1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang
dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan
keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di
rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr
Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaun keluarga Tun Dr
Ismail sendiri. Mereka memiliki aura yang kuat.
Kecekalan dan keazaman mereka telah
menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara dan anak
muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti
pelajar dan tenaga pelajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu
serta mereka yang bertugas di pejabat. Apabila mengetahui penyakitnya
akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan
baiknya Tub Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal
jujur dan berintregiti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi
pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk
menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak
disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir
memudaratkan lagi kesihatannya. Dia mula mengejar masa untuk
melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta
masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada
pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis.
Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua
Polis Perak, keadaan makin meruncing. Razak mengambil langkah berani –
membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan
pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara
sekutu. dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti
keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak
telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan
mereka. Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika
rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk
berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar
masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air
tercinta.
Penulis
tidak nampak sebarang unsur-unsur fitnah yang diwar-warkan oleh
sesetengah politician dari DAP terutamanya. Filem Tanda Putera secara
jelas lebih mengisahkan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr.
ismail dalam menangani permasalahan ketika itu.
Sehari
selepas ditayangkan di pawagam, maka berduyun-duyunlah komen-komen
dikeluarkan sama ada komen positif mahupun negatif. Bagi mereka yang
langsung tidak menonton, yang sengaja mahu mencari salah dan silap pula
berlebih-lebih dalam memberi komen negatif macamlah dia pergi tengok.
Ada juga yang tidak tahu menahu langsung turut tidak melepaskan peluang
untuk mengutuk seolah-olah merekalah pakar dalam menghasilkan
filem-filem yang bermutu dan "perfect" tanpa sebarang kecacatan dan
kesilapan.

No comments:
Post a Comment