Jualan Murah

Sunday 21 April 2013

Ni "setiakawan" jenis yang bagaimana?


Salam dan salam Ahad untuk anda semua

TPB ingin mengulas sedikit berkaitan dengan tajuk di atas iaitu sikap setiakawan antara ahlai parti tidak kira sama ada anda semua menajwat sebarang jawatan tinggi, jawatan rendah atau sekadar ahli biasa. Tidak kira PAS, PKR, DAP atau BN, mereka telah awal-awal lagi mengingatkan semua ahli yang tidak tersenarai dalam menjadi calon agar terus memberi sokongan kepada parti tetapi masih ada juga segelintir ahli yang tidak berpuas hati dan telah bertanding atas tiket calon bebas seperti yang telah diumumkan oleh SPR semalam. Malah kali ini pertandingan cukup hebat hinggakan terdapat perlawanan sampai 6 penjuru dalam 1 DUN.

Apa yang TPB ingin katakan di sini ialah, di mana sifat setia kawan yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum pengumuman bakal calon yang akan bertanding pada 5 Mei 2013 nanti?  Mereka berdegar-degar berjanji untuk meletakkan kepentingan parti di hadapan mengatasi kepentingan diri sendiri. Alih-alih bila nama mereka tidak tersenarai dalam bakal calon pru13, mereka memberontak, mereka telah lupa janji mereka untuk terus menyokong apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Presiden parti masing-masing.

Akibatnya, parti-parti terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa akan memecat sesiapa yang bertanding atas tiket sebagai calon bebas. Dan inilah yang berlaku. 



DAP dan UMNO akan memecat ahli mereka secara automatik jika terdapat dikalangan ahli mereka yang bertanding atas tiket bebas dalam PRU13 kali ini. 

Berita Harian melaporkan PRU13 kali ini mencatat rekod yang tersendiri apabila terdapat ramai yang bertanding sebagai calon bebas. Dari rekod yang dinyatakan oleh Beri Harian, seramai 25 orang ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas akan dipecat.


 


Berita Harian turut melaporkan bahawa Muhyidin, Timbalan Presiden UMNO merasa sedih kerana masih terdapat ahli UMNO yang lebih meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. yang lebih menyedihkan apabila ketua pergerakan wanita UMNO sendiri yang mengumumkan bertanding atas tiket calon bebas. Untuk rekod, Perdana Menteri telah meletakkan beliau bertanding tetapi ditolak kerana beliau tidak dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar. MB perak pula menegaskan bahawa Datuk Kamilia sebagai seorang ahli parti yang tidak punya pendirian dan prinsip apabila sanggup bertanding sebagai calon bebas.


Keputusan bakal calon parlimen Pasir Mas, kelantan sebaliknya mencatat sejarah yang tersendiri apabila sanggup memberi laluan kepada mentor beliau, Datuk Ibrahim Ali bertanding 1 lawan 1 dengan Nik Abduh dari PAS yang merupakan anak kepada Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. 


Apa-apa pun, TPB mengucapkan selamat bertanding dan jika anda menang, tunaikanlah janji yang telah anda berikan kepada kawasan masing-masing.





Subscribe to Our Blog Updates!




Share this article!

No comments:

Post a Comment

Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Cik Puan Asmah